Hei, waktu!
jangan jauh
kerana tubuh lemah manusia tak kan seperti kau
berjalan tanpa henti
kadangkala berlari pergi
tubuh lemah manusia tak kan seperti kau
kerana manusia punya rasa lelah
punya rasa penat
punye rasa sakit
hei waktu!
pohon jalan bersama
jangan lari
jangan jauh
jangan pergi dari jalanan hidup
Hei, masa!
singkat baju boleh ditukar baru
tapi singkat kau takkan pernah bisa berubah
pendek akal boleh dipanjangkan
tapi pendek kau menekan perasaan
hei masa
hidup manusia perlukan kau
pohon maaf kerana manusia lupa
manusia tahu
menusia mengerti
yang kau tak akan tunggu
kau tak akan berhenti
pohon maaf lagi
kerana manusia selalu leka
selalu lupa
Waktu tak kan berpatah arah
masa tak akan menegur manusia lupa
jadi berlarilah
kejar
jangan smpai waktu hilang
jangan sampai masa pergi
kerana sebenarnya waktu sentiasa bersama kau
masa sentiasa di sisi kau
cukup atau tidak
kau yang kira
cukup atau tidak
kau yang tentukan
No comments:
Post a Comment