Hei, waktu!
jangan jauh
kerana tubuh lemah manusia tak kan seperti kau
berjalan tanpa henti
kadangkala berlari pergi
tubuh lemah manusia tak kan seperti kau
kerana manusia punya rasa lelah
punya rasa penat
punye rasa sakit
hei waktu!
pohon jalan bersama
jangan lari
jangan jauh
jangan pergi dari jalanan hidup
Hei, masa!
singkat baju boleh ditukar baru
tapi singkat kau takkan pernah bisa berubah
pendek akal boleh dipanjangkan
tapi pendek kau menekan perasaan
hei masa
hidup manusia perlukan kau
pohon maaf kerana manusia lupa
manusia tahu
menusia mengerti
yang kau tak akan tunggu
kau tak akan berhenti
pohon maaf lagi
kerana manusia selalu leka
selalu lupa
Waktu tak kan berpatah arah
masa tak akan menegur manusia lupa
jadi berlarilah
kejar
jangan smpai waktu hilang
jangan sampai masa pergi
kerana sebenarnya waktu sentiasa bersama kau
masa sentiasa di sisi kau
cukup atau tidak
kau yang kira
cukup atau tidak
kau yang tentukan
Tuesday, June 28, 2011
Sunday, June 26, 2011
Sepi itu adalah 'mati' untuk hidup
Kosong
kau pernah rasa?
senyap
tiada suara
sunyi
sendiri
pernah kau rasa?
bila terjaga dari tidur
tidak kedengaran apa-apa
hanya bunyi dari pusingan kipas
hembusan nafas sendiri
dan bila mata kau buka
hanya ada satu wajah cuma
itu pun wajah sendiri di dalam cermin
kau duduk
seorang
makan
sendirian
memasang lagu
berharap sepi itu hilang
tapi hanya berharap
kerana sepi itu adalah hidup kau
mengharap sepi itu pergi
seperti berharap hidup kau pergi
kerana sepi itu adalah hidup kau
walau kau cuba berjalan keluar dari ruang kosong itu
berharap akan ada suara kedengaran dalam hidup
tetapi suara itu bukan untuk kau
kerana sepi itu adalah hidup kau
hingga kau benci dengan sepi
hingga kau marah
menitiskan air dari mata
hingga satu masa kau tersedar
tiada siapa yang mendengar tangisan kau
tiada yang sedar wujudnya kau di situ
Jadi ingat ini
bila ada seseorang yang menyusahkan hidup kau
bersyukurlah
kerana masih ada orang yang menyedari kewujudan kau
bila ada seseorang yang membuat kau menangis
berasa legalah
kerana masih ada orang yang mengisi kehidupan kau
dan bila ada seseorang yang tahu kewujudan kau
dan kau tahu
orang itu mahu kewujudan kau dalam hidupnya
walau dia kadangkala membuat kau marah
walau dia sesekali membuat kau sedih
bersyukurlah
kerana kau masih ada suara ketika kau bangun dari tidur
kerana kau masih ada lagu ketika kau berjalan
dan kerana kau masih ada seseorang
yang mengisi ruang hidup kau
dan beruntunglah
jika kau masih ada seseorang
yang sanggup berkongsi hidupnya bersama kau
mengisi hari
menyanyi lagu kehidupan
hingga kau tak sempat merasa sepi
Jadi jangan biarkan suara itu hilang
jangan biarkan lagu itu padam
dan jangan biar sepi itu datang
kerana sepi itu adalah 'mati' untuk hidup
Everything is going well
Alhamdulillah
everything is going well, for now..
terus berjalan
hingga hujung nanti jantung berhenti
Sakit sentiasa ada di depan
tapi jangan berhenti
kerana didepannya akan ada senang
kenapa takut dengan sakit
kalau hati inginkan senang
jadi jangan berhenti
kerana dihadapan sana ada senang
banyak lubang di jalan sana
kambus
kalau jatuh, bangun
panjat
hingga puncak nanti
bertemu senang
Susah?
memang
itu hidup
jadi jangan berhenti
kerana di depan sana
akan ada bahagia
Subscribe to:
Posts (Atom)