Cinta
cukup
basah air mata takkan menyiram segar mawar
hanya menimba sakit
di perigi jiwa
Cinta
berhentilah
tangisan cinta hanya mencarik kelopak merah
gugur
layu
hilang segala merah
tinggal hitam
Cinta
ingin kau senyum di pelangi petang
biar hilang pelangi
kekal senyum
di angin malam
Cinta
tahu perit yang kau simpan
tahu sakit yang kau pendam
tolong cinta
biar jiwa pegang
biar hati terbang
jangan buang permata sayang
sabar
kerana perit akan hilang
sakit bertukar menjadi indah
Cinta
cukup
mati hati kalau sakit cinta
jadi berjalanlah
walau duri menutup
terus
pimpin jiwa ke hijau sana
Nampak tak cinta?
terang di hujung sana
nampak tak cinta?
itu dia bahagia
cukup
basah air mata takkan menyiram segar mawar
hanya menimba sakit
di perigi jiwa
Cinta
berhentilah
tangisan cinta hanya mencarik kelopak merah
gugur
layu
hilang segala merah
tinggal hitam
Cinta
ingin kau senyum di pelangi petang
biar hilang pelangi
kekal senyum
di angin malam
Cinta
tahu perit yang kau simpan
tahu sakit yang kau pendam
tolong cinta
biar jiwa pegang
biar hati terbang
jangan buang permata sayang
sabar
kerana perit akan hilang
sakit bertukar menjadi indah
Cinta
cukup
mati hati kalau sakit cinta
jadi berjalanlah
walau duri menutup
terus
pimpin jiwa ke hijau sana
Nampak tak cinta?
terang di hujung sana
nampak tak cinta?
itu dia bahagia
No comments:
Post a Comment