Thursday, February 17, 2011

Derita Cinta






Mati
hati hampir mati
lemas di badan sendiri
menghenti nafas
menimpa nyawa

Dimana bahagia
bila cinta semakin pudar
dimana indah
ketika kasih menghembus resah
derita sang cinta
mengundang jerlus hati
meronta
tenggelam jauh ke dasar bumi

Pohon semakin tinggi
pautan semakin erat
malang
reput ranting cinta
menghumban jatuh pautan hati
parah
kerana pohon semakin tinggi
hanya membawa hati
tiada tali yang mengikat
tiada besi yang merantai
jatuh
terus rebah
luka
hingga jiwa tiada daya untuk bangun
turut rebah
diam
terus diam
sembunyi sehingga mati

No comments: